Friday, September 28, 2007

Satay Best...

Selepas makan tengahari kami bersiap – siap untuk melawat tempat bersejarah di Pulau Pangkor.
Kami pergi ketempat tersebut menaiki teksi yang boleh memuatkan penumpang seramai 10 orang. Kami berkumpul di dewan makan Mizam resort pada pukul 3.15p.m. Destinasi pertama kami ialah pergi ke Kilang Ikan Satay Hai Seng Hin. Di kilang itu kami dapat melihat bagaimana pemprosesan satay.

Aku dan Husna bertanya serba sedikit tentang pembuatan satay ikan. Ikan yang sesuai untuk dijadikan satay ialah ikan ubi. Selepas ikan habis di siang ikan tersebut akan di jemur sampai kering kemudian barulah di campur dengan bahan – bahan untuk membuat satay. Di kilang tersebut turut membuat ikan masin seperti ikan parang, ikan pari dan sebagainya. Upah yang mereka dapat untuk menyiang sekilo ikan RM0.40 sen. Iskh… susahnya nak buat ikan masin dan satay ikan ni, kalau makan sekejap je habis. Makanan yang sedap memang susah nak buat banyak proses yang kita kena lalui. Selepas itu, kami pergi membeli belah di Kilang Satay Hai Seng tersebut.semua pelajar tidak melepaskan peluang untuk membeli belah. Pelbagai jenis satay ikan di sana sehingga aku jadi rambang mata untuk memilih manakah yang sesuai untuk aku bawa buah tangan untuk keluarga aku nanti.

No comments: