Friday, September 28, 2007

Hmm…Seronoknya Snorkeling

Aktiviti pertama kelab penerbitan di pangkor ialah Snorkeling. Kami di minta bergilir – gilir untuk menjalani aktiviti tersebut ini adalah kerana life jacket tidak mencukupi untuk semua palajar. Pada mulanya aku setia menanti life jacket dan goggles tetapi selepas beberapa minit kemudian aku terus masuk ke dalam air.

Aku rasa takut juga kerana air laut sudah pasang hmm nasib baik Tini kawan sekelas ku ada. Tini kecil – kecil cili padi bukan main pandai lagi dia berenang. Menyelam pun pandai juga. Tini dah macam raja laut pula aku tengok sebabnya semua budak kelas aku dia yang jaga. Bagus sungguh la tak sia-sia dia jadi askar wataniah di UiTM. Akhirnya aku dapat juga goggle dan life jacket daripada junior aku. Baru la confident nak menyelam semua equipment dah lengkap. Aku cuba menyelam di dasar laut, pada mulanya aku panik juga selepas beberapa minit keadaan kembali stabil. Aku cuba memberanikan diri untuk menyelam buat kali kedua. Yesss akhirnya aku telah berjaya.

Aku dah nampak ikan berenang di dasar laut. Wah cantiknya
ikan – ikan di sini aku rasa macam nak tangkap je tapi boleh ke?? Tengoklah gambar – gambar ikan di blog aku ni, cantikkan. Pada sesiapa yang melihat gambar aku ni mesti tak sabar nak datang ke mari. Kalau nak rasa keseronokannya marilah datang ke pulau pangkor tapi jangan lupa datang ke Pulau Nipah untuk melakukan aktiviti ini. Rupanya bukan sahaja ikan malah timun laut (sea cucumber) pun ada. Ya allah besarnya badannya lembik dan bergerak. Eee…gelinya bila aku tegok Husna dan Cham memegang timun laut tu. Cham memegang sambil tangannya mengusap – usap badan timun laut tersebut.tak ubah seperti mengusap belakang kucing. Lihatlah timun laut di blog aku ni. Kami mengakhiri aktiviti tersebut pada pukul 12.30 tengahari.

No comments: