Friday, September 28, 2007

Memori Pangkor

Di dalam blog ini aku cerita tentang aktiviti yang dijayakan semasa berada di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam.


Trip ke Pulau Pangkor ini di adakan untuk meraikan malam pra graduan pelajar Penerbitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Trip ini di adakan khas untuk pelajar semester akhir iaitu pelajar semester lima dan enam pada tahun ini. Malam pra graduan ini di sambut oleh semua pelajar penerbitan dan pensyarah penerbitan juga. Kami di raikan oleh semua pelajar penerbitan dari semester pertama sehingga semester enam. Pada malam itu kami rasa sungguh bertuah dan merasakan diri dihargai oleh semua. Para junior memberikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada kami. Terima kasih kepada semua kerana mengadakan majlis pra graduan untuk kami pelajar semester akhir. Aku tidak akan melupakan malam manis bersama ahli kelab penerbitan pada malam itu. Terima kasih kepada yang menjayakan program seperti ini untuk kami. Memori yang indah ini akan kusimpan sampai bila – bila.

No comments: