Friday, September 28, 2007

Teluk Nipah Ke Pulau Giam

Hari ini merupakan hari pertama aku dan rakan – rakan di pangkor. Selepas sarapan pagi aku dan rakan – rakan yang lain di minta berkumpul di pantai untuk menjalani aktiviti
Satu bot boleh memuatkan sepuluh orang. Sebelum menaiki bot, kami di minta memakai life jacket. Life Jacket ini sesuai sangat dengan aku sebabnya aku bukanlah pandai berenag pun kalau panjat gunung beranilah. Aku lebih berani mendaki gunung daripada masuk air. Sekarang ini aku dah mula berasa berdebar – debar, baru nak naik bot dah rasa takut. Semasa menaiki bot,aku dapat menikmati alam pantai yang sebenar.


Aku rasa tenang tetapi bercampur takut ketika berada di tengah – tengah laut. Aku pun mula teringat bagaimanakah Datuk Azhar Mansor mengelilingi dunia seorang diri di laut yang luas ini. Aku tidak dapat bayangkan jika aku berada di tempat beliau. Pemandu bot tersebut dapat rasakan kami ketakutan jadi beliau memandu bot dengan laju. Kami menjerit ketakutan.

No comments: