Friday, September 28, 2007

Kota Belanda


Selepas itu kami pergi ke Kota Belanda. Ha.. nak tau tak apa yang ada di sana? Kenapa nama tempat ini Kota Belanda eh….?? Tentu semua nak tahu tentang sejarahKota Belandakan? Kota Belanda telah di bina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi oleh orang Perak. Oleh kerana rakyat tidak suka cara Belanda memperolehi bijih timah jadi mereka telah membinasakan kota ini pada tahun 1690.
Pada tahun 1743, Belanda membinanya semula dan menempatkan seramai 60 orang pengawal untuk menjaga kota tersebut sehingga 1748. Selepas itu kota tersebut tidak di gunakan lagi. Kota ini telah di bina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monument lama. Sekarang ni aku nak cerita pula penentangan Kota Belanda.

Pada tahun1651,penentangan telah timbul apabila Temenggong dan orang Perak menyerang dan musnahkan loji belanda dan ini Belanda terpaksa meninggalkan Perak. Baru Belanda tahu orang Perak ni kuat ke tak. Akhirnya Belanda meninggalkan Perak juga. Orang Perak tidak berdiam diri begitu sahaja, akhirnya Orang Perak bersama Acheh,Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda. Hebat Datuk Moyang kita, kita sebagai anak Malaysia patut berbangga dengan perjuangan mereka. Kalau tak ada mereka tak tahulah apa akan jadi pada negeri Perak.

Kesan penentanganan tersebut, pada tahun 1670 Belanda telah datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda. Inilah Kota Belanda yang dapat kita lihat sekarang. Pembinaan Kota Kayu telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Terbinanya kubu ini, maka menjadi satu kelebihan Perak bagi menghadapi serangan Siam. Sampai di situ sahaja sejarah Kota Belanda yang aku ingat. Aku rasa dah cukup untuk kita tahu cerita Kota Belanda ni.

No comments: