
Selepas itu kami pergi ke Kota Belanda. Ha.. nak tau tak apa yang ada di sana? Kenapa nama tempat ini Kota Belanda eh….?? Tentu semua nak tahu tentang sejarah

Pada tahun 1743, Belanda membinanya semula dan menempatkan seramai 60 orang pengawal untuk menjaga kota tersebut sehingga 1748. Selepas itu kota tersebut tidak di gunakan lagi. Kota ini telah di bina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monument lama. Sekarang ni aku nak cerita pula penentangan Kota Belanda.

Kesan penentanganan tersebut, pada tahun 1670 Belanda telah datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda. Inilah Kota Belanda yang dapat kita lihat sekarang. Pembinaan Kota Kayu telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Terbinanya kubu ini, maka menjadi satu kelebihan Perak bagi menghadapi serangan Siam. Sampai di situ sahaja sejarah Kota Belanda yang aku ingat. Aku rasa dah cukup untuk kita tahu cerita Kota Belanda ni.